UmuR BabY WAna

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

UlaNgTahuN PerKHawiNan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 2, 2010

CONTEST TIDUR PALING COMEL


Tarikh Tutup: 31 Mei 2010

Anjuran: http://infantiahouse.blogspot.com/



Nama : Nurfareeza Irwana binti Fairos Sham
Umur : 4 bulan setengah
Tarikh Lahir : 16 Disember 2009
Warna Kesukaan : Blue Pink

KLIK DISINI untuk JOIN contest ini. Selamat MENCUBA

Wednesday, April 28, 2010

KAU DIHATIKU.................

sebenarnya tak tau nak tulis apa....kalo mengarang tak pandai la...tapi kalo bercakap reti la...
erm...actually anak aku "MISS WANA" dah pandai dah tido ala superman....cuba tengok gambar nie...kelakar pun ada....

kadang2 tido pun pandai wat aksi yang comel.....


gambar yang dibawah nie plak....wana ngan papa yer...



itulah aksi wana yang comel.....sebenarnya gambar banyak..tapi ada keje nak wat la... so kita jumpa lain hari yer....

Tuesday, April 27, 2010

HARI YANG INDAH DAN TENANG

Jom layan gambar di bawah ini....sejuk hati bila memandangnya......















pada 23-25 April 2010, mama yatie gi kursus teambuilding kat GEnting View Resort. Pengalaman pertama menjejaki tempat itu....huhuhuhu....menyeramkan..
sunyi sepi...terpaksa la meninggalkan anak dan suami tersayang...tapi takpe still lagi dapat 3G dengan papa....jom kite layan gambar dibawah ini....

penyampaian hadiah kepada peserta

makanan yang sungguh enak

tajuk program yang dijalankan

termenung panjang nampaknya...hihihihi
selepas program...dah nak balik dah....
posing barang2 tuk war games

bersama "gadis litar"- didie
bincang apa tu ek....

Wednesday, April 14, 2010

erm.....dah lama tak tulis dalam blog nie....rindu la juga...tapi nak wat camne tak sempat nak bagi idea....
seronok tengok wana dah membesar. mana tak ye...la ni umur ye kurang 2 hari nak masuk 4 bulan.
anak mama rupanya dah semakin comel dan dah pandai berceloteh. geram ye kat wana...dah la bulat pipi yer....tak percaya tengok gambar nie:)

Monday, March 1, 2010

koleksi gambar wana

Sunday, February 28, 2010

semalam yang indah.....

setelah bergelar sebagai ibu, aku terlalu gembira teramat sangat....hihihi...bila kat tempat teringat je anak kat umah...untuk pengetahuan semua, aku telah selamat bersalin pada 16/12/2009...anak aku seorang puteri yang digelar Nurfareeza Irwana...yang bermaksud petunjuk nasihat dan cepat belajar (Cerdik)...masa lahir beratnya 3.21kg...sekarang setelah umurnya 2bulan 13 hari...beratnya 4.70kg...

sekarang ni "wana" dah pandai sebut perkataan "emak"...gembira mendengarnya....tapi itu time dia nangis je die sebut...hahaha...wana...wana...pandai anak mama...wana jugak dah pandai menyembang....sampai senyum pun melerek ke telinga....comel sangat2....

perbandingan semasa bayi dan 2 bulan..............


umur 2 hari


umur 2 bulan

Wednesday, December 2, 2009

38+4 hari




Tup tap tup....kandunganku sudah mencecah hampir 39 minggu...berdebar-debar rasanya.....kawanku UMMI telah selamat melahirkan anak lelaki pada 26 Nov 2009 jam 10.44pg....sekarang nie giliran aku pulak....menanti saat dan ketika untuk melihat cahaya mataku yang pertama..suamiku sekarang ni asyik sakit-sakit je...risau gak aku dibuatnya....mula2 sakit punggung, pastu pinggang, pastu bahu....and lastly kepala plak...asyik berdenyut2 jer....mungkin itu sakit ibu mengandung....hahaha....sejak akhir2 nie...pinggang aku pun selalu gak sakit...tapi takdelah kerap sangat...hari tu ISNIN 30/11/2009 aku gi checkup...berat badan dah bertambah...la ni 58.3kg...berapalah agak ye berat baby yer...tekanan darah dan air kencing semuanya OK....cuma yang merisaukan aku sekarang ni, kepala baby.....takkan tak masuk laluan lagi...tinggi rahim tak turun2 pun...apapun aku hanya berdoa agar aku dapat melahirkan anakku dengan selamat dan sempurna hendakNya....amin...

Monday, November 23, 2009

37+2 hari...

alhamdullilah...semuanya normal...baby pun dah masuk laluan. yelah dah 37+2 hari kan...so maybe die pun dah sabar nak tengok dunia...hihihi....ari khamis ari tu aku amik mc sebab rasa tak larat sangat nak pergi kerja...pastu aku ajak suami aku pergi klinik...apa lagi aku pun scan la baby aku...wah...aktifye dia....menendang2 kakinya...cadang nak tengok jantina, tapi kaki dia kepit plak...tak dapat la...ramalan doktor menyatakan "GIRL" aku tak kisah pun girl or boy yang penting dia selamat dan sihat....

sekarang nie berat baby dah 3.017 kg....berat keseluruhan mama+baby ialah 57.3kg...sebenarnya sekarang ni dah terasa sakit gak kat pinggang dan pangkal ari2...yelah baby dah turun kebawah kan...apapun, mama harap anak mama akan selamat dilahirkan dan mama doakan semoga Allah mempermudahkan laluan mama untuk melahirkan mu anakku...

Monday, March 12, 2007

TARIKH LAHIR DALAM TAHUN ISLAM

1. HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan.

2. MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

3. SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

4. RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

5. RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

6. JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

7. JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

8. REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

9. SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

10. RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

11. SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

12. ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

13. ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Assalamualaikum wbt............
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kaliuntuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan mahakuasa,semua hajatmu akan dikabulkan.Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih,tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.